Insan Biasa
Peranan keluarga untuk memastikan keselamatan kanak-kanak terjamin
Wednesday, 30 November 2016 @ 8:25 pm | 0 Kawan Blogger [s]

       Mendepani realiti baru dunia yang pantas, kes jenayah dan penculikan kanak-kanak kian menjadi-jadi sehingga menjadi topik hangat dalam media massa. Lantaran itu, kes-kes jenayah dalam kalangan kanak-kanak sering terpampar di dada-dada akhbar seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Dunia kini semakin dibimbangi kerana alaf kini dunia semakin penuh dengan kes jenayah yang boleh menjerumuskan seluruh penghuni dunia ke dalam jurang yang berbahaya. Seperti yang kita tahu kes adik Nurul Huda Abdul Ghani yang telah meninggal duna pada usia 10 tahun. Budak yang malang itu telah menjadi mangsa rogol dan dibunuh oleh manusia yang bertopengkan binatang. Tidak lupa juga, kes adik Nurin yang dibunuh dengan kejam leh manusia yang tidak berperikemanusiaan. Kes-kes ini turut diperkatakan dari warung kopi hingga persidangan parlimen. Walau bagaimanapun, pihak ibu bapa perlulah cakna akan keselamatan anak-anak mereka daripada menjadi mangsa kerakusan manusia yang alpa dengan arus globalisasi. Persoalannya disini, apakah peranan anggota keluarga untuk memastikan keselamatan kanak-kanak terjamin?

       Antara peranan anggota keluarga untuk memastikan keselamatan kanak-kanak terjamin ialah peranan seorang bapa sebagai ketua keluarga yang menggalas tanggungjawab besar perlulah sentiasa peka dalam memastikan keselamatan anak-anak sentiasa terjamin. Selain itu, bapa berperanan dalam mengajar anak-anak dalam ilmu mempertahankan diri daripada ancaman merbahaya. Pada zaman globalisasi ini, terdapat banyak pusat latihan yang menyediakan medium pengajaran dalam bidang seni mempertahankan diri. Dengan ini, bapa amatlah digalakkan untuk membenarkan dan menghantar anak-anak mereka ke pusat lathan sekiranya bapa tidak mampu untuk menunjukkan ilmu mempertahankan diri. Antara jenis seni mempertahankan diri yang boleh anak-anak pilih untuk demanfaatkan ialah silat, taekwando, karate dan kung fu. Sesunggunya, anak-anak perlu dididik sedari tapak kaki merah lagi "bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya". Tegaslah disini, bapa hendaklah memikul tanggungjawab untuk menjaga keselamatan anak kecil mereka.

       Seterusnya, selain bapa yang berperanan untuk menjaga keselamatan anak-anak, ibu juga perlulah memainkan peranan yang penting dalam hal ini dan tidak sewajarnya seorang ibu yang selama ini pernah sarat mengandung selama 9 bulan 10 hari bersikap lepas tangan terhadap keselamatan anak-anak. Ibu bertanggungjawab dalam mendidik anak-anak mengenai ilmu agama terhadap-anak. Sekranya, anak-anak telah menguasai ilmu agama peratusan untuk anak-anak mengambil keputusan di luar jangkaan adalah sedikit. Contohnya, ibu bapa telah menerapkan ilmu beradab serta amar makruf nahi mungkar kepada anak-anak. Hal ini boleh membuatkan anak-anak mereka berasa serba salah dan takut akan seksa Allah SWT yang akan dihadapi sekiranya melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah dan merdehaka kepada kedua ibu bapa mereka. Natijahnya, ilmu agama dalam diri sangat penting kepada anak-anak sama ada dewasa mahupun kanak-kanak bagi menjamin keselamatan anak-anak.

       Di sampng itu, ibu bapa hendaklah sentiasa memantau aktiviti anak-anak bagi menjamin keselamatan mereka. Hal ini demikian, ibu bapa perlulah tegas dalam situasi ini agar tidak menyesal di kemuddian hari sepert kata pepata, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Biar kita ambil contoh, kes penculikan adik Nurin Jazlin sedang membeli klip rambut di sebuah pasar raya berseorangan tanpa kehadiran ibu bapanya yang menyebabkan kini kita dikejutkan dengan kematiannya buat selama-lamanya. Berdasarkan kes tersebut, kita dapat mengambil pengajaran bahawa ibu bapa hendaklah memantau keselamatan anak-anak supaya mereka  tidak bersendirian di dalam rumah mahupun di kawasan luar rumah. Isu ini  juga mampu merencatkan pertumbuhan generasi yang berharga dan berguna untuk negara pada masa akan datang. Jelaslah bahawa ibu bapa haruslah sentasa memantau aktivit anak-anak mereka supaya keselamatan mereka dapat dijamin selamat.

       Selain itu, ibu bapa haruslah bekerjasama bagai aur dengan tebing bagi menjamin keselamatan anak-anak. Menilai dari perspektif yang berbeza, ibu bapa sewajarnya meluangkan masa secukupnya dengan anak-anak dan mencurahkan kasih sayang yang sama rata dan sama adil. Oleh itu, ibu bapa amat digalakkan untuk membawa anak-anak mereka makan angin bersama sekiranya mempunya7 kesempatan masa yang terluang. Tambahan pula, ibu bapa tidak seharusnya membeza-bezakan anak-anak mereka berdaasarkan kelemahan dan kelebihan mereka jika tidak bermaksud untuk menyemarakkan semangat anak-anak. Hal ini dapat mengelakkan anak-anak daripada keluar daripada rumah secara bersendirian. Hal ini kerana, risiko berlakunya penculikan dalam kalangan kanak-kanak adalah tinggi. Namun begitu, sekiranya ibu bapa terpaksa meninggalkan anaknya bersendirian, ibu bapa hendaklah memastikan anak-anak mereka bijak menguruskan diri. Sudah terang lagi bersuluh, peranan ibu bapa untuk meluangkan masa dendan anak-anak dapat menjamin keselamatan mereka.

       Dalam pada itu, ibu bapa sangat berperanan sebagai "role model" terhadap anak-anak. Ibu bapa perlulah menunjukkan contoh dan teladan yang baik terhadap mereka kerana bagaimana acuan, begitulah kuihnya. Ibu bapa amatlah bertanggungjawab dalam mencrakkan anak-anak yang diibaratkan sebagai kain putih. Oleh yang demikian ibu bapa tidak seharusnya melampiaskan masalah di tempat pekerjaan kepada mereka. Janganlah ibu bapa menjadikan mereka sebagai mangsa amarah yang terbuku itu. Hal ini adalah penting untuk menyakinkan mereka bahaa keluarga adalah tempat perlindungan yang paling aman dan selamat. Misalnya, sikap berang seorang ayah ataupun seorang ibu yang hanya tahu melepaskan perasaan kepada anak-anak dan mereka sanggup memukul, memaki dan menendang darah daging mereka sendiri. Hal ini bleh menyebabkan anak-anak berasa tidak selamat dan ingin melepaskan diri mereka dengan mengambil keputusan untuk lari dari rumah. Oleh itu, ibu bapa yang menunjukkan contoh dan teladan yang baik dapat memberi jaminan keselamatan yang selamat.

       Kesimpulannya, setiap ahli keluarga hendaklah memikul tanggungjawab yang sama dalam memastikan keselamatan anak-anak sentiasa terjamin. Namun begitu, tanpa kerjasama yang menyeluruh, usaha untuk menjamin keselamatan mereka akan menjadi sia-sia seperti mencurah air ke daun keladi. Justeru itu, setiap ahli keluarga perlu bekerjasama dan mengamalkan sikap berat sama dipikul, ringan sama dijinjing bag mewujudkan masyarakat yang sejahtera dan seterusnya menjamin keamana negara. Selain itu, seisi masyarakat bertanggungjawab untuk melindungi mereka supaya membesar dengan aman dan sentosa. Janganlah kes jenayah kanak-kanak dan gangguan seksual menjadi fobia kepada ibu bapa tentang keselamatan anak mereka bak kata pepatah melayu "jangan terhantuk baru tergadah". Lantaran itu, keselamatan seserang indiidu dapat membantu dalam menstabilkan fizikal dan mental. Oleh itu, anak-anak perlu diberikan perhatian dan pendidikan yang sempurna agar keselamatan mereka terjamin untuk memimpin negara. Dengan ini, diharapkan agar semua pihak yang terlibat tidak melepaskan batuk dihujung tangga dan berusaha untuk melindungi hak kanak-kanak.       

Labels:



| Newer Post

were here, Thank you!
Story About Stuff Links





Template : Faqihah
Full Edit : Athiqah
Best View : Google Chrome